One Heart Spoken Between Two Hearts.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum. Hai readers.
Lately. Dua hati sering berbicara soal bahagia dan masa depan yg tak dikenal pasti juga penerimaan manusia sekeliling. Suka duka terus dikongsi sehingga tercelanya perasaan tanpa disedari.Terkadang mahu saja aku ketuk kau..biar bertambah pendek.
Sebab kau selalu gunakan ayat yg sama utk mendiamkan aku. "Allah swt tentukan semua"
Ya.aku tahu..tidak perlu diulang. :)

Spekulasi? bab spekulasi kita memang champion. Tapi untuk soal itu aku gagal menspekulasikannya. Tapi aku cuba.cuba untuk kau selami hati ini..

Andai hati di sana terbaca penulisan hati di sini,Maka..fahamilah setiap apa yg ditulis biarpun terlebih SASTERA dlm bahasa.Cari dan fahamilah kerana ia punya maksud yg mendalam.

"Ada orang hidup memberikan kebahagiaan kepada orang lain sedang dirinya sendiri tidak pernah merasai kebahagiaan.." - 

Tipulah.Takkan ada manusia yg tidak pernah merasai bahagia walaupun sedikit.Mungkin bahagianya datang dari aspek yg berbeza.

Sejujurnya,Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.Tapi aku cuba menterbalikkan itu agar tidak dikawal hati.
Bertindak menggunakan akal kerana Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

Cerita hati..

takkan terfaham siapa2 kerana dunia ini dipenuhi dgn negatif dari positif.

Tentang menjadi seseorang yang dikatakan sang sempurna,

namun dinafikan kerana sebuah 'tapi' yang tak terjelas apa.
sbg contoh: "aku mahu kau, tapi..." atau "kita lengkap, tapi..." 

Soalan : Bila sudah sempurna, tetapi ada 'tapi', kenapa perlu dipanggil sempurna?


Kadang terfikir..


Sepertinya tak ada siapa yang melihat aku di sini

dan sepertinya ada cahaya bila aku terus terbang tinggi ke atas langit jingga.
Sepertinya takkan ada sesiapa yang sudi bersama aku untuk memahami
Sepertinya aku dipaksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tak berkebumi.Sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi bersama menemani aku sampai pagi
Kerna aku mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku yang menemani aku sampai biru.Kerna aku begitu ingin merasakan dicinta seseorang itu sepertinya aku ini bolong, kosong, lohong, semuanya itu semuanya aku
sepertinya aku ini debu yang tak punya harga apa
sepertinya aku angin yang tiada
sepertinya aku ini wujud tanpa adanya apa makna

maka untuk apa aku di sini?
Itu cuma terfikir.Syaitan cuba menghasut fikiran dikala sunyi.
kadang2 bila kita rasa semua org ada ramai di keliling kita
berapa org yang perasan sebenarnya kita derita?
maka bagaimana untuk kita percayakan pada dunia
bila dunia selalu membelakangkan kita?
lalu bagaimana kita mahu terus hidup
bila tidak ada sesiapa yang mahu memujuk kita--
--di saat derita
--bila kita gelita?
Bilamana kepercayaan sudah habis dalam diri.Bilamana hati sudah mula memberi salam pergi kepada bohong2 dunia..
kita sebenarnya bencikan sesuatu kerana kita terlalu cinta..tapi apalah makna cinta bila tidak ada yang mahu menjaganya?
Di saat perkenalan dahulu..hati sering berkata..
"muncul sudah pelengkap jiwa, si laksamana hatiku,
meneman gering dan kering aku, memimpin senyum dan tawa aku.seringkali tersenyum aku sendiri bila terkenangkan kamu"
Dan semakin lama menjadi sulit untuk dua hati terus mengatur masa depan...
Jiwa2 sebenarnya sudah terlalu banyak menangis
kita hidup dalam pembohongan kita hidup dalam kelalaian
kita kata kita bersatu untuk sesuatu yang bernama perjuangan
kita cuma ada mimpi kosong yang akan nyata
cuma ada suatu yang kita nyanyikan sebagai pujangga


Hati terus dilatih supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap yang dilakukan.Maka Zikrullah.

Jadi hati disana mengertilah ini..

life goes by , sky will cry , the rain passes by it's broken, it's frozen

senyum tawar, mata sasar,gelak dipaksakan 
hati ini keras batuan

aku angkatkan tangan
aku alamatkan pada tuhan
aku tanyakan dan tanyakan
kenapa? mengapa?

REDHA  itu suatu perkataan..
yang aku zikirkan semata-mata untuk tenangkan hati kawan..

aku  katakan aku pasrah
aku katakan aku serah
tapi tuhan kenal aku!

aku  baling semua rahmat, hadiah, cinta Dia
dan aku bandingkan sama hidup kawan
kenapa?  mengapa?
cuma dia.
bukan aku, wahai  Tuhan?

Terdetik..begitu murahnya bicara
apakah berharga syiling semata?


mulut, senyumlah
mata, teranglah

lakonkan tari zapin depan kawan-kawan
jadilah siapa yang mereka mahukan
tapi di dalam hati nanti
kamu tanyakan sama Tuhan..

"apa lagi yang kurang, Tuhan?"
"apa lagi yang belum aku lakukan?"

hancur.


kalau di hati tiada ikhlasnya,
kalau di hati tiada jujurnya,
diam.


kita boleh. boleh tengok. semua rintih kasihan. tapi itulah. sekadar rasa. bukan kau. aku juga. Tuhan. maaf kami ini masih tidak ada mampunya..

“rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya.
Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya.Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya...

Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.


p/s : mungkin aku ini terlalu sasar bahasanya
tapi , takkan kau tak kenal aku?
aku ni kan perempuan gila 
yang kadangkala aku ini melepaskan semua
yang kadangkala aku marah dan makikan segala
dan kadangkala aku katakan perkara yang aku tidak katakan di dalam hati aku...



#update berlatarbelakangkan INSTRUMENTAL BIARKAN AKU JATUH CINTA.moga mengerti hati di sana. 



 

Total Pageviews