A BIT RESEARCH-FILM KIL


Selalunya poster yg simple gini akan mencuri perhatian aku - Simple itu penuh isi :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM. HAI READERS.


Atas dasar mahu menuntut kepastian.
Apa best sangat kah filem bikinan Nik Amir Mustapha ini?
Aku buat research menggila.

Sememangnya aku ni suka serabutkan kepala dgn berfikir :)

Kalau kau orang tak tengok filem ini lagi, tak payah nak baca selanjutnya. Tapi kalau kau orang steady, bacalah. Bacalah atas nama filem melayu yang semakin maju.

Sejujurnya, kalau kau orang tanya aku filem ini best atau tidak, aku hanya akan mengangguk dan kata, "Hmmmmm okaylah. Kalau mahu dibanding dengan filem-filem tipikal tempatan, KIL dah bunuh mereka semua. Tapi kalau mahu diukur dengan filem-filem Antarabangsa, aku akan kata "not bad.""  Selepas sejam lebih aku habis tonton dan keluar dari panggung, aku tak rasa jiwa aku bergoncang sangat. Entah kenapa, ia sebuah cerita yang bagus, tetapi ada sesuatu yang hilang. There is something wrong you know.

1. Kemaafan

Sebab mengapa Akil (Redza Minhat) menghidap perasaan ennui, depression, stress, dan segala macam perasaan yang boleh buat orang fikir dia deep adalah - Akil penyebab ibunya mati dalam kemalangan jalan raya. Perasaan rasa bersalah ini menghempap jiwa Akil sekejamnya, mengheret dia kedalam dunia yang tempat gelap dan tiada erti. Ini jugalah sebab mengapa dia pergi jumpa tauke Life Action Bureau untuk menyerahkan nyawanya dalam proses euthanasia (membenarkan diri dibunuh sukarela).

Tapi bila ada seorang makwe cun bernama Zara ini muncul, tiba-tiba hidup Akil terbalik 180 degree. Daripada konon-kononnya suicidal, Zara berjaya menceriakan hidup Akil dan meyakinkan (secara tidak lansung) bahawa bunuh diri bukanlah penyelesainnya dan hidup perlu diteruskan.

Ini membuat aku tertanya-tanya, jadi dia putuskan untuk tidak bunuh diri sebab Zara ini saja kah? Kehadiran Zara sudah cukup untuk memendamkan rasa bersalah kerana cuai dan seterusnya mengakibatkan kematian ibu sendiri? Bagi aku personally, itu tidak memadai. Pengarah seharusnya mencungkil lebih dalam lagi untuk Kemaafan ini, bahawa Akil merasa pedih bukan kerana tiada awek atau dia lonely dan mencipta imaginary Girlfriend, tetapi ingin cari cara untuk menembus kembali rasa bersalahnya itu. Sekadar ada seorang awek cun tidak melenyapkan rasa bersalah itu - atau mungkin ia hanya bertindak sebagai placebo. Supaya Akil lupa untuk sekejap-sekejap. Dan seingat aku Zara pun tidak banyak sentuh tentang tragedi gelap Akil itu.

2. Anti klimaks nya juga tidak berjaya membuat aku berasa "Wow!" walaupun aku akui aku terkena sakit jantung mini untuk dua saat selepas pistol yang ditarik picunya itu tidak memuntahkan peluru. Ia sesuatu yang tidak dijangka dan dibuat dengan kemas, tetapi kurang padat. Dengan mendedahkan bahawa Life Action Bureau bukanlah satu organisasi Euthanasia sebaliknya sebuah NGO yang berkhidmat untuk memberi kesedaran tentang "Kepentingan Untuk Hargai Nyawa" adalah ibarat kau lari cari tandas awam, kau bayar makcik depan tandas nak kencing, kau buka seluar, tetapi apa pun tak keluar. Rupanya tak jadi nak buang air kecil. Memang anti klimaks mempunyai fungsi itu, meranapkan setiap harapan dan tekaan penonton menjadi rata. Cuma untuk kali ini, aku rasa janggal. Bila aku tanya kawan aku yang lain, mereka kata OK saja. Entahlah mungkin aku sendiri yang mengada-ngada agaknya.

3. Ada juga beberapa bahagian yang sedikit meleret. Aku tak berapa ingat part mana. Bahagian yang kurang penting boleh dipotong dan disunting untuk memastikan dinamik cerita tidak perlahan.

Tapi secara keseluruhan, Kil adalah sebuah filem yang memuaskan. Gabungan sinemagrafi yang cermat, lagu-lagu yang hebat (Lights - Seven Collar T Shirt, Rapuh - Pesawat, dan Lagu - Bedroom Sanctuary), dan watak-watak yang punya pelbagai warna adalah tunjang utama filem ini. Ia memaparkan sebuah dunia yang tidak wujud dalam filem-filem tipikal melayu yang ditayangkan atas nafsu komoditi dan lansung tak berseni. Dalam hiearki filem-filem terbaik Malaysia, aku akan letak Kil nombor dua, bawah Bunohan. Ia mungkin tidak menumpaskan Bunohan tetapi ia menarik dalam caranya sendiri, memukau, dan menyuntikkan vitalisme terhadap penonton-penontonnya yang dahagakan pembaharuan dalam medan filem.

Semoga Nik Amir Mustapha akan terus membikin filem dan mengangkat martabat filem dalam persada dunia.

#salute!

 

Total Pageviews