Mengubah Dan Terubahkan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM. HAI READERS.

Hari ni just nk bercakap2.bercerita.berkongsi. :)

Kalau kamu dengan holier-than-thou kamu sahaja, alamatnya, takkan ada orang yang sudi mendegar kamu, meskipun kamu bersuara sambil mendabik dada berkhutbah fasal agama. Lagilah, orang akan pandang serong.

Tentang mereka yang kamu fikir bukan tergolong dalam "mukmin yang patuh dan zuhud", beginilah, kamu fikir dengan sarkasisme mereka akan menangis sambil bertaubat nasuha?

Oh please.

Kalaulah baginda Rasullah berdakwah sambil menganjing penuh benci, islam takkan sampai ke nusantara kita, malah untuk melebarkan sayap sehingga ke turki dan parsi sana pun takkan bisa. Manusia arab sekalian itu menunduk kepada islam adalah kerana cinta, kasih, sayang, dan mendambakan harapan.

Islam itu sendiri selamat, aman, kasih sayang.
Sejak bila dihambur sekali dengan yang berlawanan?

Tapi bila kamu dengan angkuh kamu, dengan sombong kamu, dengan rasanya diri kamu dilindung-cahaya-tuhan, kamu membuat orang-orang seperti kami (Ya, aku menggunakan kami disini kerana aku juga bukan insanul kamil) rasa semakin mahu menjauh diri.

Bila berbicara, kamu selayaknya berfikir kamu ada kuasa mahu menghukum,

"Eh tengok dia tu, kencing berdiri, mesti masuk neraka."
"Confirmlah minah-minah ni kena laknat dengan Allah..."

Seumpama.

Bukan apa, cuma aku rasa, itu bukan tugas kamu. Menghukum itu tugas Tuhan. hal-hal ghaib. Ya, kadang-kadang kawan kamu itu tidak solat, tapi berapa jauh kamu pasti dia akan diterajang terus ke jahanam?

Mungkin ada kebaikannya kamu belum lihat.
Mungkin ada solatnya dia tak mahu ditunjuk-tunjuk.

Siapa tahu?

Cukuplah dengan kamu bernasihat dengan hemah, kamu sudah lakukan bahagianmu.
itu sudah memadai.
Tidak perlu memaksa-maksa, orang memang tidak suka,
malah meluat nanti.

Kadang-kadang, bukan senang mahu berubah sikap.
Aku ini terutamanya, degil bukan kepalang.

Tapi percayalah, sejahat-jahat mana pun seseorang itu, ada sebahagian daripada dirinya mahu berubah jadi baik. Meskipun ia hanya sepercik api, tapi, memang ada kesedaran itu.

Haihh~

Cuma satu aku pesan; jangan kamu mimpi mahu ubah orang lain jika diri kamu sendiri masih ada rompong. Memang ironi, manusia memang akan melihat diri kamu dahulu sebagai model, barulah idea fahaman yang kamu sampaikan. Kalau diri kamu itu sendiri yang gagal, memang buat stok ketawa sahajalah kamu nanti.

 

Total Pageviews