Tenggelam

Segala indah kelmarin
Lenyap bersama hujan yang lebat membasahi bumi
Yang turut sama menenggelamkan aku

Kerana mereka hadir mengubat hati engkau

Sedangkan hati aku masih berceceran
Darah pekat merah yang tiada hentinya
Yang terus menitik bersama setiap hembusan nafas ini
Sendirian

Lalu kemana kah ingin aku tuju?
Kerana kau hilang lagi membawa bersama jiwa aku...
 
 
"Pergilah sayang kepadanya
Kerana dia lebih memerlukanmu
Pengorbanan sudah lama jadi milikku"

 

Total Pageviews