Si Gadis

Menjadi gadis itu memenatkan
Menjadi gadis itu merimaskan
Suatu kerja berat dan membeban
Menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan

Keterlaluan berani akan dibenci
Keterlaluan lemah akan dikeji
Perlu gagah dan tak reti tewas
Perlu kuat dihenyak dicantas


Mencari teman rapat
Teresak mencerita jiwa luluh
Dihiris bahasa tajam dari mulut
Tiada daya menutur


Bukan tugasmu memuas
Manusia berbeza minda
Tak akan sama

Terus meluah hampa hati
Perlakuan menjadi salah serba-serbi
Semakin keliru dengan mahu diri
Soalan "bagaimana lagi?"

Lalu hati berkata--
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna pada manusia?

Kita gadis memang sering menyongsang rasa
Mana cinta, mana rasa, mana dia?
Dengar sini, mahalkan air jiwa kamu
Simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu

Lalu hati berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna pada manusia?


Perlu tabah
Perlu gagah
Usah resah
Usah goyah

Ayuh gadis,
Berhentilah kau menangis.


#tentang memujuk gadis halus hati yang sudah penat menggagah tulang belakangnya.
ada masanya kalian perlu duduk juga

 

Total Pageviews