Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum.Hai Readers
Berbicara tentang sempurna
Cuba menjadi sempurna untuk puaskan hati semua
Bukan tugasmu memuas
Manusia berbeza minda
Tak akan sama
Hebat sangatkah Sang Sempurna?-TIDAK.
Makhluk Allah yang indah namun tidak sempurna..
itulah manusia..
Dunia tidak ada yg sempurna melainkan Pemiliknya yg SATU.
Kata MAAF itu bukti sahih manusia tidak ada yang sempurna.
Untuk kembali fitrah maka,memaafkanlah
tapi memaafkan bukan beerti anda sempurna.
Dah selalu merasa seperti ini
Mencari kesempurnaan separuh nyawa tapi ku mati
dah terlalu biasa seperti ini
apa lagi yang perlu aku lakukan
bila semua telah aku laksanakan
tetap tak mencukupi
telah aku bagi seluruh jiwa ini
ku koyakkan ku jahitkan terus ke hatinamun tak pernah cukup
aku seperti sudah begitu sakit hati
terjadi lagi setiap kali
asyik2 aku merasa disampahkan
sedangkan selama ini kubagikan berlian
kubagikan setiap apa yang ku ada
kubagikan setiap yang diminta
tetap tak sempurna
bagaimana perlu aku lakukan lagi
bila pula ku ini tidak pernah memenuhi jiwanya
perlukah aku melutut dan meminta2?sampai bila?
apakah sampai aku jadi mati?
Bila semuanya tak pernah rasa mencukupi apakah boleh menjadi Sang Sempurna?
Setiap kelemahan seseorang itu menandakan ianya tidak sempurna..
Jangan terlalu mahukan kesempurnaan, kerana setiap makhluk Allah itu tidak sempurna..
Jangan terlalu cepat menghakimi seseorang, kerana kita tidak tahu situasi sebenar mereka.
Adakah mereka dalam kesusahan dan mereka dipaksa untuk membuat pilihan yang sukar??
hanya Allah yang tahu....
Pernahkah kamu terfikir dan berfikir yang kita dan dia alami sekarang,mungkin akan berlaku lagi..
Namun dalam situasi yang berbeza..
Kamu dalam situasi si dia dan si dia dalam situasi kamu...
Siapa kamu untuk menidakkan setiap percaturan Allah...
Kata Akhir ::
Janganlah terlalu cepat menghakimi seseorang..
Kerana itu sangat menyakitkan hati seseorang..
Jangan terlalu expect yang si dia terlalu terlalu perfect sehingga tiada kesalahan yang akan dibuat,,
Jika ada kesalahan si dia akan berada dalam zon air mata yang tiada kesudahan..
Kerana dengan kesalahan yang kecil,si dia dipersalahkan oleh orang sekeliling..
Cuba menegur dengan positif, moga ada perubahan yang dibuat...
Berhenti mengejar sempurna dunia.
Kejarlah Sempurna di sana kelak..
Mana hujungnya sempurna manusia??
jawapannya.. MATI.
Berhenti mengejar sempurna dunia.
Kejarlah Sempurna di sana kelak..
Mana hujungnya sempurna manusia??
jawapannya.. MATI.
#Mencari sang sempurna itu memang takkan habis selagi waktu belum habis