SYUKUR :)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM. HAI READERS


MATA TAK TERPEJAM..
FIKIR MASIH ADAKAH HARI ESOK UNTUKKU.
KOTAK FIKIRAN PULA TERFIKIR...
KISAH SEBARIS SYUKUR..

Kadang2 tengok orang yang hidup tak usaha,
tak susah payah,
tak berterik nyawa,
tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah
rasa macam tak adil..

Ye lah.
Kita macam nak mampus keluar pagi balik petang,
Dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"
Rajin, Cekal, Tekun, Berusaha
SEMUA
masih rasa malang.

Rasa iri.
Benci.
Busuk hati.

Kenapa dia?
KENAPA tidak kita?

Kemudian kita pergi cermin.
Tengok setiap inci muka kita.
Lalu cakap--
"kesian kau".

*pause*
selalu, kan? 

Sekarang.
Alang2 sedang tengok cermin.
Kira.
Ada berapa hidung? satu?
Ada berapa mata? dua?
Ada berapa telinga? dua?
Ada berapa mulut? satu?
Ada berapa dagu? satu?

Aku boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

Mari jadi orang bersyukur.

Kalau kita tiba2 terlupa bagaimana
ingatlah
PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

Ustaz kazim pernah cakap--
Kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia
Selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

Kita bising kereta kita buruk.
Nasib baik.
Ada orang naik motor.

Kita bising motor pancit selalu.
Nasib baik.
Ada orang naik rapid.

Kita bising rapid asyik rosak.
Nasib baik.
Ada orang naik basikal.

Kita bising basikal penat.
Nasib baik.
Ada orang jalan kaki.

Kita bising kaki lenguh.
Nasib baik.
Ada orang kaki kena potong sebab diabetes.

Kita bising kaki dah tak ada.
Nasib baik.
Ada orang dah meninggal dah pun.

Jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
Kita takkan belajar puas.

Ustaz kazim cakap lagi
Kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama
Selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.

Sayangnya, kita semua selalu terbalik.
Bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
Bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.

Contoh :

Aku baca quran seminggu sekali.
Ok la dari dia.
Baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.

Aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
Ok la dari dia.
Baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.

Aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
Ok la dari dia.
Dia langsung tak kenal huruf jawi.

hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?

Sorry, rabbi.
kami cuba tak buat lagi.

SELAMAT BERSYUKUR :)
syukurnya!
kita masih ada nyawa.

 

Total Pageviews