JANJI TUHAN,DIA TUNGGU.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Assalamualaikum. Hai Readers


Tadi sekumpulan rakan berbicara tentang Masa Depan di SANA nanti..
Petik soalan.. "SOLAT CUKUP?"..
Lantas semua membisu...

Dengan tak malunya aku mengaku--
Aku liat solat.
Bukan main pemalas bab nak sembahyang.
Sanggup menipu.
Lebih nak mengelat berbanding solat.

Berejam menaip lebih mudah dari maghrib 5 minit.
Tengok tv dengan kedudukan paling tak selesa lebih sedap dari isya' 5 minit.
Duduk senyap dalam bilik lebih senang dari asar 5 minit.

Segala jenis bahasa ayah dah bagi kat aku,
"didik agama berpuluh tahun-- sembahyang tonggang terbalik".

Segala jenis artikel aku baca. setakat tercuit. pastu? malas dan alasan jugak yang beraja.
 "kejap lagi".
Itu awal2 cara syaitan ajak aku menangguh. lama2?
"ah nanti2 lah". terus bolos.

Terlalu dibiarkan tahap hati dah tak ada ralat kalau tak solat.
Hinanya aku. banyak kali insaf. solat balik. ada la dalam seminggu. lepas tu?
"kejap lagilah" dan "nanti2lah" datang. kosong balik. tambah pulak dulu dapat kata2 seperti
"kau tak pakai tudung. membazir je segala yang kau buat".

So to rebel to those people-- aku terus makin malas.
Just because. Tanyalah kawan2 aku dulu2. Betapa syaitannya aku yang mereka kenal.
Begitu kering hati. terlalu degil sendiri.

Kemudian datang cahaya ilahi menyedarkan aku dari ilusi.
Membasah hati aku dengan rahmat Tuhan.
Memperingat aku yang the only reason aku ranap tak mati2 dulu--
Aku kena kukuh dan tegak dan tak ada satu hamba pun mampu gagah tanpa Tuhannya.

Aku tak mahu di masa depan nanti bila sudah ada si cilik, mereka melihat ayah ibu mereka
tak solat, tak reti mengaji, hitam hati dan jahat.

Pada semua yang aku kasihi, jangan jadi macam aku-- lambat bermula.
Capai sejadah hari ini. Tuhan selalu tunggu kita. Macammana kena ejek pun
Macammana kita diberitahu kita tak layak pun--
Tuhan sudah janji--
Dia terus tunggu kita...

 

Total Pageviews